" Lensa Perkahwinan Melayu "

Posts tagged “Tip

Tip & Trick

Wedding Day’s

Ramai yang tertanya² kenapa majlis perkahwinan mesti ada jurufoto ek?

Bagi lensa melayu ia merupakan satu kenangan yang yang boleh disimpan oleh semua. kerana dalam banyak²   persiapan or masa majlis, yang boleh berkekalan ialah gambar majlis itu  sendiri. khemah, pelamin, karaoke dan lain tak dapat disimpan oleh pengantin selama mana ia suka(kalau ada pun mesti tauke bridal / canopy) hehehe. rasa²nyer ada tak pengantin yang nak sewa  khemah/ pelamin 1 tahun atau lebih untuk kenangan.Lensa melayu syorkan biarlah adakan bajet untuk seisi fotografi ni untuk diabadikan sebagai kenangan terindah untuk raja sehari….

So renung²kan lah

Tips For Photographer

1.Buat ‘Shot List’

Bincang dengan pasangan mempelai untuk fikirkan Shot yang mereka ingin untuk dirakam pada hari indah mereka. Lepas tu, kaji sama ada Shot tu boleh dibuat atau tidak. Ini amat berguna untuk Shot bersama keluarga mempelai. Mane tau kot2 bila dah habis majlis tetiba lupa plak nak amik gambar dengan sedara mara, atuk & nenek. Tak ke naya nanti.

2. Koordinator Foto Keluarga

Kebiasaannya pada hari perkahwinan keadaannya sama ada terlalu meriah, kelam kabut & tertekan. Ahli keluaga mempelai akan berada di merata tempat untuk melayan tetamu yang hadir. Jadi, cuba dapatkan bantuan pasangan pengantin untuk memilih beberapa ahli keluarga mempelai yang dapat menjadi Koordinator Foto Keluarga untuk mengumpulkan sanak saudara, atuk & nenek untuk famili shot @ group foto. Secara tidak langsung ini memudahkan keja OP yang sememangnya penat kehulu ke hilir pada hari perkahwinan.

3. Reki Lokasi Majlis Kahwin

Melawat sehari sebelum majlis perkahwinan. Ini sebenarnya membantu OP mendapatkan idea untuk shot2 yang menarik dengan subjek2 yang tersedia dan mengenalpasti kehadiran cahaya (lighting) di lokasi kejadian. kekeke Selain itu, dapat gak beramah mesra dengan keluarga pengantin, so memudahkan kerja pada hari esoknya.

4. Persedian Awal adalah Kunci

Terlalu banyak perkara yang boleh mengundang masalah pada masa Majlis Perkahwinan – jadi OP seharusnya bersedia bagi sebarang kemungkinan. Sediakan beberapa Backup Plan (Plan A, B, C). Sebagai contoh hari hujan, pastikan bateri telah dicas (Flash & Dslr), format memori kad, sediakan memori kad yang mencukupi, fikirkan jalan dan masa untuk sampai ke tempat majlis perkahwinan dan dapatkan aturcara majlis dan mesti sedia maklum bagi sebarang perubahan.

5. Tunjukkan Sampel Hasil yang akan diterima

Tunjukkan workstyle anda, hasil, album anda kepada bakal pengantin. Tak rugi kalau laburkan untuk membuat album bagi menayang hasil kerja anda yang mantap. Tunjukkan apa yang pengantin akan dapat dengan pakej yang anda tawarkan. Biar sampai lidah pengantin terkedu tak terkata dengan produk, servis yang anda tawarkan supaya pengantin rasa berbaloi dengan harga yang mereka bayar. Dapatkan pendapat dari bakal pengantin apa yang mereka inginkan, mana tau anda tak penah terfikir ker tetibe depa bagi idea bernas.

6. Ambil “Small Details Shot”

Shot yang dimaksukan adalah perincian yang boleh memberi “special touch” atau trademark bagi seseorang fotografer. Ambil lah gambar cincin bersama subjek2 lain (cincin sngkut kat ranting, letak ats buku, ats kad jemputan dll), ambil gambar persalinan pengantin, kasut, bunga, susunan meja makan beradab, menu, hantaran dsb. Cuba dapatkan inspirasi ini dari majalah pengantin atau shot dari sahabat2 fotografer yang lain. Tak de salahnya meniru tapi sampai bilakan so cari “special touch” anda.

7. Gunakan Dua(2) Dslr

Cubalah merayu ker, pinjam ker, sewa ker, curik jangan ok… kamera dslr kedua untuk hari majlis perkahwinan tu – setkan dengan lens yang berlainan sebelum majlis bermula iaitu dengan wide angle lens(10-24,11-18,24,28 dll – bagus untuk candid shots dan ruang yang sempit) dan satu lagi zoom lens (terlalu banyak untuk ditaipkan – ini cam biasa lah leh amik candid shots gak, skodeng shots dll)

(Yups…tips ini mungin tak berapa sesuai bagi yang baru2 mula nak bertatih dalam wedding fotografer)

8. Ajak Tag Along atau Upah Second Photografer

Dengan Tag Along atau mengupah second photografer adalah satu strategi yang baik bak kata orang “play safe”. OP tidak perlu berlari ke hulu ke hilir untuk mendapatkan kesemua moments sepanjang berlangsung majlis perkahwinan. Sebagai contoh bagi arahan atau minta tolong atau tugasan kepada Tag Along Fotog atau Second Fotografer untuk mendapatkan Candid Shot dsb dan anda bolehlah fokus pada pengantin. Bagi Tag Along, ajarkan fotog yang amatur, noob dan newbie untuk dapatkan shot2 yang diinginkan oleh OP. So, kat sini both parties akan dapat faedah, OP akan dapat shot yang dia tak dapat cover dan Tag Along Fotog akan dapat ilmu, tambah portfolio dan carik client skali.

* Thanks For Mr Gg….

Peranan Juru Gambar

Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar AndaSudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional akan diupah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah anda belanjakan?

Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik berdasarkan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang bakal anda perolehi. Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama. Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada seluruh proses selepas ini.

Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik pilihan anda. Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda yakin akan kebolehannya. Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah tugas-tugas beliau. Tetapi, dengan sedikit peranan dari pihak anda sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan jurugambar anda.

Sepanjang pengalaman saya sebagai jurugambar perkahwinan, saya mengakui sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak akan dapat menghasilkan gambar yang hebat tanpa adanya beberapa faktor penting yang lain.

Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang dirakam sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan kelihatan kelam kabut dan bermasam muka?

Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang masa yang selesa untuk setiap acara. Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi bagi menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah yang besar. Lebih baik lagi jika anda boleh melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan jurugambar. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada jurugambar anda. Dengan ini, majlis anda akan berjalan lancar dan gambar majlis anda akan dapat dirakam dengan sempurna.

Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum majlis perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada majlis perkahwinan anda, iaitu – bergembira!

Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas pengantin siap dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar sempat merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula.

Biasanya, untuk acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan kesuntukan masa untuk merakam gambar potret kerana akan digesa turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah, “tetamu kehormat sedang menunggu” atau “lepas bersanding nanti kita bergambar”.

Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, saya akan menjelaskan, “harap tetamu kehormat boleh menunggu 5 minit kerana anda raja sehari perlu bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan jika gambar potret anda dirakam selepas tamat majlis, anda akan kelihatan letih dan sudah hilang seri.” Sayang sekali jika saat penting dan ceria ini tidak dapat dirakam. Matlamat jurugambar hanyalah untuk menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.

Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda boleh jadikan diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit latihan. Lihat wajah anda di dalam cermin dan berlatihlah untuk senyum.

Senyum yang bagaimanakah akan membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang model. Dapatkan ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika bergambar nanti. Anda juga perlu berlatih untuk ‘posing’. Rujuk majalah untuk mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah menjadi diri anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.

Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil masa di antara satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Ini termasuklah proses suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan sebagainya. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah menggesa supaya gambar anda disiapkan lebih cepat dari masa yang dijanjikan kerana ianya akan memberi kesan kepada kualiti gambar anda.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.