" Lensa Perkahwinan Melayu "

Photo Journalist

Majlis Pertunangan Fauzi & Syarida :: Batu Pahat

Assalamualikum, terlebih dahulu, Kami di Lensa Melayu, mengucapkan tahniah diatas pertunangan mereka.. Semoga “Cepat Kawin” dan kami mengucapkan terima kasih juga diatas kepercayaan anda kepada kami. Sekian.




Wan & Lela :: Outdoor :: Tasek Merdeka JB

Sekali lagi Lensa Melayu diberi tanggungjawab,bagi menghasilkan satu karya yang terbaik bagi pasangan Pengantin Wan dan Lela.Sifat peramah mereka ini,menaikan lagi semangat kami untuk terus mencipta idea – idea yang kreatif semasa dilokasi.. Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada pasangan ini,kerana kepecayaan mereka pada kami…. terima kasih…

Setelah selesai sesi bergambar, kami bersama krew yang lain, seperti makandam dari “flora bridal house” iaitu Cik eida dan Cik Ila,fotographer En fadil dan isteri dan mereka yang teribat, bermain bowling  untuk menghilangkan kepenatan dan merapatkan lagi silaturahim antara kami dan pasangan pengantin,ternyata sifat peramah meraka mecuit hati kam semua…. kami berharap,ada masa dan waktu kita akan terus berjumpa dan terus berhubung untuk masa yang mendatang -farith-


Majlis Perkahwinan Ulu Tiram

Assalamualaikum, terlebih dahulu kami  di LensaMelayu ingin mengucapkan sekalung penghargaan pada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung  dalam menjayakan Majlis Perkahwinan Pasangan ini. Sekali lagi Lensa Melayu diberi tanggungjawab untuk menghasikan Photography ini.Majlis yang dilangsungkan di Kg Oren  Ulu tiram ini amat meriah,dengan adanya Live Band yang dijemput khas…walaupun cuaca agak tidak mengizinkan,tetapi aturcara majlis tetap berlangsung dengan tenang dan indah.Kami juga megucapkan terima kasih pada Cik Siti Haryati yang juga dikenali sebagai IBU,dari “Dsha Beauty & Bridal” yang turut serta membantu kami bagi meneruskan misi kami, dengan baju yang indah,solekkan yang menawan,pelamin nan indah menampakan kan lagi seri pengantin tersebut,tahniah pada IBU.Akhir kata dari kami,sejuta kemaafan kami minta,andaikata ada kekurangn pada kami,tersilap kata dan bahasa,lumrah manusia yang takan lari dari kesilapan,dan pada IBU semoga kita dapat bekerjasama lagi dimasa akan datang,Sekian dari kami LENSA MELAYU.

Untuk Tempahan Sila Hubungi Siti Haryati (019 724 9070)


Outdoor Shoot At Port Dikson


Wan & Wana

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru pada Sahabatku Wan & Wana, semoga berbahagia hingga akhir hayat, Terima Kasih atas kepercayaan anda berdua kepada kami sebagai photographer anda…. Apa yang membuatkan saya terharu kepada pasangan ini,mereka berkenalan dari zaman kolej lagi… saya rasa hampir 8 tahun mereka berkenalan dan membawa persahabatan mereka dengan satu akad nikah yg sempurna… Saya rasa,apa  yg perlu ada dalam setiap pasangan yg bercinta, kesefahaman, tolaransi, bertolak ansur, mesti wujud bagi mencipta kebahagiaan….terima seadanya kelemahan pasangan……. dan sering berdoa pada yang Esa…. Ewahh… bukan main saya…. hehehe… apa2 pun wan dan wana…. thanks…..


Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Sila Click Di ViewShoutBox

View shoutbox


Kami Semua Nurse Tau!!!

Assalamualikum semua.. Kami di Lensa Melayu mengucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Pengantin Baru kepada Pengantin Epul dan Salehah serta Elly dan Aswat. Perkahwinan anda berempat sangat meriah… Kami di Lensa Melayu sangat teruja melihat keceriaan di hari perkahwinan anda..ribuan terima kasih juga kami ucapkan atas kerjasama anda… Gambar “Kami semua nurse” nie salah satu contoh betapa meriahnya Majlis mereka….. anda semua jangan risau dan bimbang,kerana mereka semua adalah nurse yang TERLATIH… Anyway,banyak lagi kami nak uploadkan…tapi keadaan tak mengizinkan..jika ada masa terluang,Insyallah kami akan masukan kesemua gambar perkahwinan mereka dan gambar – gambar Pengantin yang lain… terima kasih… – Lens Melayu -

Ha “Aku Wawa Beckham” ni salah satu kawan pengatin… kami tidak tahu,mengapa dia suka sangat si david beckham ni …. apa2 pun, jgn lupa wawa, kalau nak kahwin,jgn lupa cari kami di LENSA MELAYU….

“Pasangan Kami Nurse :


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.